Ketam strawberi ditemui di perairan Taiwan

Posted by G-HAIR , Monday, June 14, 2010 11:25 PM



Seorang ahli biologi laut telah menemui spesies ketam baru yang mengejutkan yang mirip buah strawberi besar.

Crustacea yang luar biasa itu ditemui di luar pantai selatan Taiwan. Ianya memiliki kulit merah terang dramatik yang dilitupi dengan benjolan putih kecil.

Profesor Ho Ping-ho dari National Taiwan Ocean University mengatakan bahawa ketam itu menyerupai spesis yang disebut Neoliomera Pubescens, yang tinggal di daerah sekitar Hawaii, Polynesia dan Mauritius.

Namun ia memiliki cengkerang berbentuk seperti remis yang saiznya sekitar 1 inci lebar, yang membuatnya berbeza dari biasa.

Ketam adalah omnivor yang biasanya memakan algae. Ada lebih dari 5,000 spesies ketam yang dikenali di dunia.

Profesor Ho berkata pasukannya menemui dua ekor ketam betina spesis baru itu pada bulan Jun lalu di luar perairan Kenting National Park, yang dikenali kerana kekayaan kehidupan lautnya.

Ketam itu mati tidak lama selepas itu, mungkin kerana air di kawasan itu tercemar oleh sebuah kapal kargo yang terkandas.

Spesialis ketam Taiwan Wang Chia-Hsiang Ho mengesahkan penemuan Profesor.

0 Response to "Ketam strawberi ditemui di perairan Taiwan"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails